Pelepasan Jawatan sebagai Tenaga Pengajar

Saya Lee Kuan Yuin telah melepaskan jawatan sebagai Tenaga Pengajar untuk kelas BSMM 2.

Jadi Blog ini tidak lagi digunakan untuk pelajar UPSI BSMM 2.
Segala maklumat terkini sila rujuk kepada tenaga pengajar yang baru.

Kelas hari sabtu ini (23/02/2013) seperti biasa
(mengikut jadual kuliah UPSI, tak payah ganti2 sampai gila macam dulu)

Berharap kita akan berjumpa lagi di Ipoh, ataupun di mana2 shj.

Semoga semua pelajar BSMM maju jaya dan menjadi seorang guru penasihat BSMM yang berjaya.

Kumpulan-Pelan Pengajaran

Download: Contoh Pelan Pengajaran

Contoh Format Buku Log

Download: 1) Muka depan   2)Contoh format

TARIKH                 :               24.09.2011 (Sabtu)
MASA                   :               08.00 am – 10.00 am // 11.00 am – 1.00 pm
Aktiviti 1                :             Kehidupan dan Kesihatan                           

Hasil Pembelajaran:
1. Saya dapat membandingkan dan membezakan sifat benda-benda
hidup
2. Saya dapat menyatakan faktor – faktor untuk mengekalkan
kesihatan yang baik.

Isi pelajaran:
1. Sifat benda-benda hidup (haiwan dan tumbuhan)
2. Faktor – faktor untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Aktiviti:
Melukis gambar haiwan dan tumbuhan.
Membentangkan sifat-sifat haiwan dan binatang
Melukis gambar manusia yang sihat dan terangkan faktor – faktor
untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Aktiviti 2                :             Kawad kaki                        

Hasil Pembelajaran:
1. Saya boleh  mempraktikkan kawad kaki.

Isi pelajaran:
Kawad kaki
1. Senang diri
2. sedia
3.

Aktiviti:
1. Kawad kaki

Format Peperiksaan BSMM II

LO 1 - INDIVIDU - Ujian online (10%) pada minggu ke-7
Sukatan pelajaran bagi unit berunifom yang berkenaan akan dimuat naik ke portal Pusat Kokurikulum beserta nota berkaitan kepimpinan. Pelajar kursus diminta muat turun nota berkenaan dan memahaminya. Ujian secara online akan diadakan pada hari Isnin minggu ketujuh (hari akan berbeza mengikut kursus untuk mengurangkan bebanan kepada sistem) dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Terdapat 100 soalan merangkumi 50% sukatan pelajaran unit berunifom berkenaan dan 50% soalan berkaitan kepimpinan. Jumlah masa menjawab adalah 30 minit.

LO 1 - INDIVIDU - Ujian bertulis (20%) pada minggu ke 12
Soalan ujian adalah berdasarkan Rancangan Instruksional kursus. Format, jumlah soalan dan tempoh masa ujian akan ditentukan oleh tenaga pengajar. Bagi kursus-kursus yang menawarkan sijil diperingkat kebangsaan, ujian yang ditadbirkan adalah ujian sebenar bagi memperolehi sijil berkenaan. Markah yang sama akan digunakan untuk kedua-dua tujuan iaitu pengreddan UPSI dan pengredan sijil kebangsaan berkenaan.

LO 2 - INDIVIDU - Ujian amali (30%) pada minggu ke 12
Ujian akan diadakan dalam bentuk stesyen. Pelajar yang gagal mempamerkan kemahiran mereka akan dibenarkan untuk mengulang sekali sahaja pada hari ujian berkenaan.

LO 3 - INDIVIDU - Buku log dan ketepatan kehadiran (20%) – diserahkan kepada tenaga pengajar pada minggu ke-13
Pelajar diminta menyediakan buku log bersaiz buku latihan berkulit tebal dengan setiap helaian ditanda no muka surat pada penjuru atas kanan. Kulit luar mengandungi butiran nama, no matrik, nama dan kod kursus. Muka surat pertama mengandungi jadual kandungan lengkap. Muka surat kedua mengandungi butiran peribadi yang lebih terpeinci. Muka surat akhir mengandungi pengesahan tenaga pengajar dan gred yang diberikan. Setiap interaksi pembelajaran 2 jam akan ditulis:

  1. hasil pembelajaran,
  2. nota isipelajaran yang difahami semasa pengajaran berkenaan,
  3. bagaimana isipelajaran tersebut telah disampaikan termasuk aktiviti p&p yang telah dijalankan oleh tenaga pengajar (ini akan membantu pelajar membuat pelan pengajarannya sendiri).

(Diharapkan bakal graduan UPSI akan menggunakan format yang hampir sama untuk penulisan buku log murid-murid mereka di sekolah semasa mereka berpraktikum nanti)

LO 4 - KUMPULAN - Siri empat pelan pengajaran Unit berunifom di sekolah 20%. (Berkumpulan 4-5 orang) – diserahkan kepada tenaga pengajar pada minggu ke -13.

Semasa praktikum, amalan sekolah tertentu dalam aspek pelaksanaan kokurikulum adalah interaksi unit berunifom selama 2 jam selang seminggu atau dua kali sebulan. Bagi praktikum yang djalankan pada Semester 7 selama 14 minggu, akan terdapat tujuh perjumpaan 2 jam ini. Bakal guru yang berpraktikum diminta memohon kepada pihak sekolah (dengan bimbingan guru-guru sekolah berkenaan) diberi tanggungjawab melatih 20 orang murid untuk satu skema lencana yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat perjumpaan.

Oleh itu, pelajar dalam kursus ini akan menyediakan satu siri pelan pengajaran untuk empat perjumpaan menuju kearah pemerolehan satu lencana/ kompetensi tertentu. Jika ujud ruang masa yang mencukupi, pelajar kursus digalakkan diberi peluang mengajar/ mengimplementasi pelan pengajaran mereka itu.  Pelan-pelan pengajaran ini akan diarkibkan di Pusat Kokurikukum sebagai kongisama serta gunasama dan boleh digunakan oleh semua pelajar semasa mereka berpraktikum. Diharapkan ini dengan cara ini, penekanan semasa berpraktikum adalah mengimplementasikan pelan-pelan pengajaran yang terkumpul ini. Setiap pelan pengajaran akan mengandungi komponen-komponen:

1.      Susunan peristiwa p&p (sequence of instructional events) termasuk hasil pembelajaran serta butiran relevan
2.      Nota isipelajaran berkenaan yang menunjukkan pelajar menguasai apa yang akan ajarnya
3.      Bahan-bahan bantu pengajaran yang sesuai (disertakan atau dihuraikan)
4.      Apakah yang akan mereka lakukan untuk mengesan samada hasil pembelajaran telah tercapai. Ini juga boleh bersifat kumulatif untuk mengesan pencapaian murid-murid yang mereka latih.